Aku lihat Anak2 bajau itu mengemudi sisir pantai Jeti semporna Sambil di tangan menjinjit satu dua baldi kecil Hasil tangkapan lala, udang dan ketam Mencuba nasib berjaja Pelancong dijualnya $50 sebaldi Tempatan dijualnya $10 sebaldi Kalau dikenali Itu bukan kelepet. Itu adalah pricing strategy. Janganlah engkau khutbah 2 hari Sedangkan mereka mencari rezki sesuap nasi Sedangkan haji pun ada pakej mahal dan ekonomi Bukalah hati Aku juga lihat Anak2 sang penguasa dan orang2 kaya di mana2 Juga membimbit menjinjit sesuatu di tangan mereka Tapi bukan lala udang dan ketam Paling kurang oppo iPhone, Samsung Mungkin jua , Prada Gucci dan LV Aku turut lihat Lantas turut merenung jauh Cuba mendasari makrifat hati Kerana anak2 ku jua sebaya mereka Apakah yang ku ingin mereka jinjit dan bimbit Suatu hari nanti Adakah kau juga tahu apakah yang kau bimbit...