Skip to main content


Trajektori Ke Bima Sakti

Sedesah nafas iringi sepintas zikir
selintas sekilas berkisar berkias
terjemah tafsir tapi hati tak hadir
sirna khusyuknya nadi berdikir


munajatkah niat mencari darjat
seterkudrat tulang empat kerat
usai berhajat lumat keramat
kasta nirvana bertingkat-tingkat


Di mana hamba tulus lagi telus 
Di mana rasa kudus tanpa fulus


Andai tak bisa ditakuk ditakluki 
dimensi duniawi nafsu serakah realiti
Trajektori ke bima sakti tak berganjak
sezarah tak bergerak sejejak tak berinjak



hakNya Pencipta  awal dan yang akhir
dari sezarah  sekecil bima sakti hadir
hakikat  hayat merantas alam takdir 
Keabadian jiwa abdi fana dalam zahir





Karam 

Samudera raya taklukkanlah
persona wujud fitrah curahkanlah

Sesetia ombak dan pantai
membadai hasrat yang belum tergapai

Sesetia  denyut nadi dan hayat
setulus ikhlas bertemu takdir

dari ilusi duniawi tertawan naluri
Tak lagi mampu mengejar mimpi 

saat realiti menerobos fantasi
dimensi kudus mencuci insani

pastikan hakiki menyirna emosi
Takkan menyendiri mencari-cari 

tersingkat iris dari ilusi 
jagat raya di balik pelangi

Tujuh lautan terhampar luas
Tujuh benua terbentang puas

Karamlah maifestasi ciptaan palsu
saat bertamu mencari restu
Di balik pelangi merentas samudera biru



Comments

Popular posts from this blog

Aku lihat Anak2 bajau itu mengemudi sisir pantai Jeti semporna  Sambil di tangan menjinjit satu dua baldi kecil  Hasil tangkapan lala, udang dan ketam Mencuba nasib berjaja  Pelancong dijualnya $50 sebaldi Tempatan dijualnya $10 sebaldi Kalau dikenali  Itu bukan kelepet. Itu adalah pricing strategy.  Janganlah engkau khutbah 2 hari  Sedangkan mereka mencari rezki sesuap nasi Sedangkan haji pun ada pakej mahal dan ekonomi  Bukalah hati Aku juga lihat  Anak2 sang penguasa dan orang2 kaya di mana2 Juga membimbit menjinjit sesuatu di tangan mereka Tapi bukan lala udang dan ketam  Paling kurang oppo iPhone, Samsung Mungkin jua , Prada Gucci dan LV  Aku turut lihat Lantas turut merenung jauh  Cuba mendasari makrifat hati  Kerana anak2 ku jua sebaya mereka Apakah yang ku ingin mereka jinjit dan bimbit Suatu hari nanti  Adakah kau juga tahu  apakah yang kau bimbit...