Aku lihat
Anak2 bajau itu mengemudi sisir pantai Jeti semporna
Sambil di tangan menjinjit satu dua baldi kecil
Hasil tangkapan lala, udang dan ketam
Mencuba nasib berjaja
Pelancong dijualnya $50 sebaldi
Tempatan dijualnya $10 sebaldi Kalau dikenali
Itu bukan kelepet. Itu adalah pricing strategy.
Janganlah engkau khutbah 2 hari
Sedangkan mereka mencari rezki sesuap nasi
Sedangkan haji pun ada pakej mahal dan ekonomi
Bukalah hati
Aku juga lihat
Anak2 sang penguasa dan orang2 kaya di mana2
Juga membimbit menjinjit sesuatu di tangan mereka
Tapi bukan lala udang dan ketam
Paling kurang oppo iPhone, Samsung
Mungkin jua , Prada Gucci dan LV
Aku turut lihat
Lantas turut merenung jauh
Cuba mendasari makrifat hati
Kerana anak2 ku jua sebaya mereka
Apakah yang ku ingin mereka jinjit dan bimbit
Suatu hari nanti
Adakah kau juga tahu
apakah yang kau bimbit?
Comments
Post a Comment