Skip to main content

Bayu Salju Dari Parsi




Seakan satu oasis
Tertimbun di bawah prejudis
Dicap mundur lagi antagonis 
Penuh berkudis bias subjudis


Tujuh penjuru benua kan akur 
mengalir darah merah tafakur
sedegup jantung mengepam hayat
membara bak mentari
digali tak berdasar 
didaki tak tak mampu disasar




namun masih ada tertinjau-tinjau 
membina benteng pembeda
menerjah nerjah memakna kasta
aku, kau dan dia 
bukan dari Adam yang satu
walau citra, hasrat, darah dan kudrat 
berkongsi warna yang sama
jua rezki tersurat iradat


Resah sesah gundah 
gelisah atau jua tak kesah 
manusia dan kehidupan
di benua manapun 
kan ketemu persamaan


Sejenak itulah ku bermusafir
berpusar melihat ragam
manusia meraikan kehidupan
Tinggalan kota Parsi  peradaban silam 
Di bawa arus kemanusiaan dan kelestarian

Lalu aku tiba di bawah langit Parsi
dihembus bayu salju
dari satu dunia yg terasing 
Dikhabar seakan terperuk terpinggir
Setinggan ketamaddunan yang terusir



Comments

Popular posts from this blog

Aku lihat Anak2 bajau itu mengemudi sisir pantai Jeti semporna  Sambil di tangan menjinjit satu dua baldi kecil  Hasil tangkapan lala, udang dan ketam Mencuba nasib berjaja  Pelancong dijualnya $50 sebaldi Tempatan dijualnya $10 sebaldi Kalau dikenali  Itu bukan kelepet. Itu adalah pricing strategy.  Janganlah engkau khutbah 2 hari  Sedangkan mereka mencari rezki sesuap nasi Sedangkan haji pun ada pakej mahal dan ekonomi  Bukalah hati Aku juga lihat  Anak2 sang penguasa dan orang2 kaya di mana2 Juga membimbit menjinjit sesuatu di tangan mereka Tapi bukan lala udang dan ketam  Paling kurang oppo iPhone, Samsung Mungkin jua , Prada Gucci dan LV  Aku turut lihat Lantas turut merenung jauh  Cuba mendasari makrifat hati  Kerana anak2 ku jua sebaya mereka Apakah yang ku ingin mereka jinjit dan bimbit Suatu hari nanti  Adakah kau juga tahu  apakah yang kau bimbit...