Aku lihat Anak2 bajau itu mengemudi sisir pantai Jeti semporna Sambil di tangan menjinjit satu dua baldi kecil Hasil tangkapan lala, udang dan ketam Mencuba nasib berjaja Pelancong dijualnya $50 sebaldi Tempatan dijualnya $10 sebaldi Kalau dikenali Itu bukan kelepet. Itu adalah pricing strategy. Janganlah engkau khutbah 2 hari Sedangkan mereka mencari rezki sesuap nasi Sedangkan haji pun ada pakej mahal dan ekonomi Bukalah hati Aku juga lihat Anak2 sang penguasa dan orang2 kaya di mana2 Juga membimbit menjinjit sesuatu di tangan mereka Tapi bukan lala udang dan ketam Paling kurang oppo iPhone, Samsung Mungkin jua , Prada Gucci dan LV Aku turut lihat Lantas turut merenung jauh Cuba mendasari makrifat hati Kerana anak2 ku jua sebaya mereka Apakah yang ku ingin mereka jinjit dan bimbit Suatu hari nanti Adakah kau juga tahu apakah yang kau bimbit...
Seakan satu oasis Tertimbun di bawah prejudis Dicap mundur lagi antagonis Penuh berkudis bias subjudis Tujuh penjuru benua kan akur mengalir darah merah tafakur sedegup jantung mengepam hayat membara bak mentari digali tak berdasar didaki tak tak mampu disasar namun masih ada tertinjau-tinjau membina benteng pembeda menerjah nerjah memakna kasta aku, kau dan dia bukan dari Adam yang satu walau citra, hasrat, darah dan kudrat berkongsi warna yang sama jua rezki tersurat iradat Resah sesah gundah gelisah atau jua tak kesah manusia dan kehidupan di benua manapun kan ketemu persamaan Sejenak itulah ku bermusafir berpusar melihat ragam manusia meraikan kehidupan Tinggalan kota Parsi peradaban silam Di bawa arus kemanusiaan dan kelestarian Lalu aku tiba di bawah langit Parsi dihembus bayu salju dari satu dunia yg terasing Dikh...